Monday, March 9, 2009

Kayuhan Berhalangan?? Bermasalah?? Pit Stop??

Suatu hari nanti...sebut sahaja Kayuhan Sg Long.... mesti teringat satu memori yg tak dapat dilupakan....sama ada ianya memori indah atau sebaliknya...terpulang kepada individu dan pedirian masing-masing... setiap orang mempunyai penilaian dan pendapat yang tersendiri...

Adakah kayuhan ini boleh dilabelkan sebagai kayuhan "berhalangan??" atau Kayuhan "Bermasalah??".. atau lebih tepat sekali kayuhan "Pit Stop??"...

Namun, apapun cabaran yang dilalui.. kami tempuhi dengan satu pasukan...

Pada 28/Feb... seperti biasa kami berkumpul di Kajang Perdana untuk memulakan kayuhan..
Tetapi pada kali ini, kami memulakan kayuhan agak lambat iaitu dalam pukul 9.00 pg. Ini kerana ada sebab2 tertentu yang tak dapat dielakkan...

Disertakan serba sedikit aksi-aksi kayuhan pada hari tersebut...


Persediaan sebelum memulakan kayuhan..
Abg berbaju putih adalah Abg Nazri dengan jentera GTS barunya..

Aksi "the 3 stoogest"..

Pit Stop pertama.... pemeriksaan pada jentera Abg Nazri.....

Pit Stop ke-2, jentera Abg Amer mengalami masalah brek...
Mujur ada Abg Man yang memainkan peranan sebagai seorang mekanik..
Pit stop ke-3, GTS abg Nazri sekali lagi mempunyai masalah rantai...
di bantu oleh Abg Amer..
Abg Amer melihat basikal Abg Nazri sambil memberi nasihat dan perangsang untuk meneruskan perjalanan...

Long distance view.. (Abg Man dan Abg Amer)...

Abg Amer menuju pit stop yang ke-4....



Pit stop ke-4 adalah untuk memasang cover rantai pada basikal Abg Nazri...


















Next is Pit Stop ke-5... Jentera Abg Man mengalami tayar pancit pulak...
Tapi gambar terlupa nak amik... :-)
Gambar kanan adalah Pit stop yang ke-6....
Basikal Jamis abg Amer sekali lagi mengalami masalah...
Tetapi kali ini, FD pulak yang perlu dibaiki..


Setelah 6 kali membuat pit stop, kami semua mengambil kata sepakat untuk tidak meneruskan lagi perjalanan pada hari itu... mungkin dengan keadaan basikal yang kurang baik... ditambah pulak dengan masa pada ketika itu telah menunjukkan jam 11 pagi...sudah agak lewat untuk membuat kayuhan jarak jauh....
Begitulah kisahnya..... bagi aku..ini adalah kayuhan yang kurang bernasib baik...
Tetapi, inilah pengalaman indah yang mungkin kita ingat sampai ke hari tua...
total distance untuk kayuhan kali ini adalah yang terendah....about 20 km....
Sekian sahaja... Bye bye..layannn....... zasssss.......