Wednesday, February 25, 2009

Journey to BAGAN LALANG

Pada minggu ini (21 Feb), kami bertiga telah mengambil keputusan untuk membuat kayuhan ke Bagan Lalang, Sepang. Kali ini, kayuhan di mulakan oleh Abg Amer dan Abg Azman bermula jam 7.30 pg. Mereka membuat kayuhan bermula dari Kajang Perdana dan kami telah berjumpa di depan UKM..pada jam 8.20 pg.

Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan dengan lancar sekali. Bermula daru UKM, Kami bertiga memulakan "Journey" ke BAGAN LALANG.....


Setelah lebih kurang 1 jam berkayuh, kami berhenti untuk "pekena" capati....

Seperti yg dapat disaksikan, sambil menantikan capati yang sememangnya lambat sampai, Abg Amer sempat menjawab panggilan dari seseorang.... (hrmm... bisness mesti kencang ni.. hehehe)

Tetapi disebaliknya yang berlaku ke atas Abg man,... tenang dan relaxs sambil merenung masa depan.... hahahaha..(ingat bini kat umah kaa..??.. hahahah.. jangan marah ya....)

Selepas 1 jam melepak disebabkan servis yang kurang baik daripada "Mat Bangla"... kami meneruskan perjalanan.....

Posing dari "Raja Bukit"...
aku pun nak posing juga... :-)

Setelah agak lama membuat kayuhan, tiba-tiba saje Abg Amer telah memberi satu idea bernas dengan cadangan untuk meneroka offroad yang tak pernah kami lalui..

Sebelum teroka, gambar mesti kena amik dulu...buat kenangan...



Gambar di bawah ini memberi sedikit gambaran mengenai offroad yg telah diterokai...

(P/S: Gambar kecil adalah Abg Man sedang menolak basikal.... jauhnya kena tinggal...hehehe)

Gambar aku dengan Abg Man sedang climbing... penat woo... bukit tinggi...


Abg Amer dengan gaya kayuhan "juara".. sinonim dengan gelaran Raja Bukit...
Back View from Abg Amer.....
Aik.. sapa kat depan tu..?? adakah pengadil pertandingan..?? atau jurulatih kepada abg Amer??
sedang melayan downhill...

Ini lah gambar kenangan setelah sampai ke Bagan Lalang... (gambar berlatar belakangkan sebuah kedai di tepi pantai bagan Lalang)




Setelah 30 min berehat sambil minum air oren... kami dah ready untuk membuat kayuhan balik...



Semasa membuat kayuhan balik, banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi... terutamanya kebas2 dibahagian "tertentu" yang membuatkan kami tak senang duduk...

tapi, kami tiada pilihan...perjalanan harus diteruskan...
lebih kurang jam 3.50 pm, kami tiba di UKM dan Abg Amer , Abg Man telah singgah sebentar di rumahku untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hambaNya...

seperti yg tertera di bawah, total bacaan meter adalah lebih kurang 108 km... (UKM-Bagan Lalang-UKM)


Akhir kata, kami bertiga sangat bergembira dan bersyukur kerana dapat membuat kayuhan pergi dan balik tanpa berlaku sebarang masalah....

Monday, February 16, 2009

Kayuhan Sg Congkak

Pada hari Sabtu yang lepas (bersamaan dengan 14 Feb), aku, Abg Amer dan Abg Azman telah membuat kayuhan Valentine Day bermula dari Kajang Perdana - Sg Tekala - Sg Congkak - Kajang. Jumlah jarak kayuhan +-82 km.. Kayuhan kali ni amat perit sekali bagi aku sebab banyak jalan berbukit terpaksa di tempuhi...
Pada hari kayuhan, cuaca amat baik sekali..
Kami semua berkumpul tepat jam 7.30 pg dan memulakan kayuhan dalam jam 8 pg..

Saya sertakan gambar2 untuk dijadikan kenangan dan tatapan untuk semua..



Setelah 40 min kayuhan, kami berhenti di pit stop yang pertama untuk persediaan pendakian bukit...

Tu diaa...berbaju "Liverpool" berglove putih.. ala-ala polis trafik pun ada...
Tapi takpe, asalkan baju lengan panjang itu boleh mengurangkan "sunburn" pada kulit putih aku... hehehe


Senyuman manis dan sinis daripada aku....


Selepas itu, kami memulakn pendakian...
Abg Azman dengan selambanya membuat kayuhan tanpa menoleh ke belakang..



Di ekori oleh Abg Amers.... dengan gaya slow and Steady...


Posing maut dari Abg Azman.... (Phewittt...)
Ketibaan Abg Amer.... huiyooo... macam gaya Raja bukit tu.... syabas-Syabas



Berendam di Sg Congkak... sejuk ooo....

Tengah buat apa tu abg Man? tengah tenung ikan ke?.... hehehe


Ready utk patah balik... tepat Jam 12.30 pm








Nasib kurang baik menimpa abg man.... tayar pancit pulak....







Kayuhan habis kira2 dalam jam 3.15 ptg...
Letih betul... tapi overall, sempoii.....


Friday, February 13, 2009

Kayuhan Le Tour De Langkawi

Setelah selama sebulan membuat kayuhan solo, aku mendapat info mengenai kayuhan santai Le Tour De Langkawi di Putrajaya.Inilah peluang aku untuk mencari pengalaman dan kawan2 baru.




Gambar dibawah adalah aku dan Mr Zali (Berbaju kelabu).. dialah kawan yang pertama sekali aku jumpa dan memberi semangat kepada aku sebelum memulakan kayuhan LTDL ni. Terima kasih kepada Mr Zali atau nama panggilan manjanya Mr Coolrider...


Dengan accessories yang tak se-complete seperti rider2 yang lain, pakaian yang mix and match dengan pakaian bola, aku register dengan selambanya..

Di sana, aku berkenalan dengan 2 orang sahabat yang sememangnya sudah expert dalam bidang kayuhan.. Abg Amer(Bertopi merah) dan Abg Azman yang berdiri bersebelahan dengan aku.

Aksi Abg Amer yang telah bersedia untuk memulakan kayuhan....

Dengan jarak 30km mengelilingi Putrajaya..memberikan aku satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.....hehehh..(ayat mau power)

Salam Perkenalan

Tahun 2009 adalah tahun untuk aku mencipta sesuatu yang baru dalam hidup aku. Setelah sekian lama berkecimpung dalam arena sukan bola sepak sejak dari bangku sekolah lagi, aku ingin beralih angin untuk mencari sukan yang baru.
Pada tanggal 3 Jan 2009, aku telah ditakdirkan untuk memiliki sebuah basikal bukit yang akan menjadi perangsang untuk aku terus bersukan.

Hampir sebulan aku membuat survey tentang basikal di internet dan di kedai2 basikal dalam area selangor dan KL, akhirnya aku memilih Scott sebagai teman seperjuanganku.... hehehe
Seperti yang diimpikan..dengan IzinNYA, lahirlah MTB Scott Scale 50 sebagai orang ketiga dalam hidup ku...:-)
Dengan potongan badan yang berwarna putih...membuatkan aku terliur..
Dipadankan dengan brake Juicy 3.5 yg berwarna putih,
Dan juga di pegang oleh Mr Rock Shox tora yang semangnya sudah memadai bagi aku yang dikategorikan as a beginner...
Oleh itu, dengan lahirnya basikal bukit ini, aku telah berazam untuk memulakan kayuhan kemana sahaja yang mungkin tiada penghujungnya.....Wassalam..