Wednesday, February 25, 2009

Journey to BAGAN LALANG

Pada minggu ini (21 Feb), kami bertiga telah mengambil keputusan untuk membuat kayuhan ke Bagan Lalang, Sepang. Kali ini, kayuhan di mulakan oleh Abg Amer dan Abg Azman bermula jam 7.30 pg. Mereka membuat kayuhan bermula dari Kajang Perdana dan kami telah berjumpa di depan UKM..pada jam 8.20 pg.

Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan dengan lancar sekali. Bermula daru UKM, Kami bertiga memulakan "Journey" ke BAGAN LALANG.....


Setelah lebih kurang 1 jam berkayuh, kami berhenti untuk "pekena" capati....

Seperti yg dapat disaksikan, sambil menantikan capati yang sememangnya lambat sampai, Abg Amer sempat menjawab panggilan dari seseorang.... (hrmm... bisness mesti kencang ni.. hehehe)

Tetapi disebaliknya yang berlaku ke atas Abg man,... tenang dan relaxs sambil merenung masa depan.... hahahaha..(ingat bini kat umah kaa..??.. hahahah.. jangan marah ya....)

Selepas 1 jam melepak disebabkan servis yang kurang baik daripada "Mat Bangla"... kami meneruskan perjalanan.....

Posing dari "Raja Bukit"...
aku pun nak posing juga... :-)

Setelah agak lama membuat kayuhan, tiba-tiba saje Abg Amer telah memberi satu idea bernas dengan cadangan untuk meneroka offroad yang tak pernah kami lalui..

Sebelum teroka, gambar mesti kena amik dulu...buat kenangan...



Gambar di bawah ini memberi sedikit gambaran mengenai offroad yg telah diterokai...

(P/S: Gambar kecil adalah Abg Man sedang menolak basikal.... jauhnya kena tinggal...hehehe)

Gambar aku dengan Abg Man sedang climbing... penat woo... bukit tinggi...


Abg Amer dengan gaya kayuhan "juara".. sinonim dengan gelaran Raja Bukit...
Back View from Abg Amer.....
Aik.. sapa kat depan tu..?? adakah pengadil pertandingan..?? atau jurulatih kepada abg Amer??
sedang melayan downhill...

Ini lah gambar kenangan setelah sampai ke Bagan Lalang... (gambar berlatar belakangkan sebuah kedai di tepi pantai bagan Lalang)




Setelah 30 min berehat sambil minum air oren... kami dah ready untuk membuat kayuhan balik...



Semasa membuat kayuhan balik, banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi... terutamanya kebas2 dibahagian "tertentu" yang membuatkan kami tak senang duduk...

tapi, kami tiada pilihan...perjalanan harus diteruskan...
lebih kurang jam 3.50 pm, kami tiba di UKM dan Abg Amer , Abg Man telah singgah sebentar di rumahku untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hambaNya...

seperti yg tertera di bawah, total bacaan meter adalah lebih kurang 108 km... (UKM-Bagan Lalang-UKM)


Akhir kata, kami bertiga sangat bergembira dan bersyukur kerana dapat membuat kayuhan pergi dan balik tanpa berlaku sebarang masalah....

1 comment:

  1. Salam..

    Ni saya translate dari orang Romania ni..

    "Very interested the subject of he holds, forgot me on blogul the tau and Ied like me what have vazu have to else come back certainly.
    A good day!"

    ReplyDelete