Friday, February 13, 2009

Salam Perkenalan

Tahun 2009 adalah tahun untuk aku mencipta sesuatu yang baru dalam hidup aku. Setelah sekian lama berkecimpung dalam arena sukan bola sepak sejak dari bangku sekolah lagi, aku ingin beralih angin untuk mencari sukan yang baru.
Pada tanggal 3 Jan 2009, aku telah ditakdirkan untuk memiliki sebuah basikal bukit yang akan menjadi perangsang untuk aku terus bersukan.

Hampir sebulan aku membuat survey tentang basikal di internet dan di kedai2 basikal dalam area selangor dan KL, akhirnya aku memilih Scott sebagai teman seperjuanganku.... hehehe
Seperti yang diimpikan..dengan IzinNYA, lahirlah MTB Scott Scale 50 sebagai orang ketiga dalam hidup ku...:-)
Dengan potongan badan yang berwarna putih...membuatkan aku terliur..
Dipadankan dengan brake Juicy 3.5 yg berwarna putih,
Dan juga di pegang oleh Mr Rock Shox tora yang semangnya sudah memadai bagi aku yang dikategorikan as a beginner...
Oleh itu, dengan lahirnya basikal bukit ini, aku telah berazam untuk memulakan kayuhan kemana sahaja yang mungkin tiada penghujungnya.....Wassalam..

No comments:

Post a Comment